All News

1500 WARGA UUM SERTAI SAMBUTAN AIDILADHA

SINTOK – Lebih 1500 warga Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai solat sunat Aidiladha diikuti dengan ibadah korban, akikah dan kenduri kesyukuran di Masjid Sultan Badlishah, universiti ini.

Majlis sambutan secara sederhana namun meriah ini menyaksikan menyaksikan penyembelihan lima ekor lembu dan empat ekor kambing.

Terdahulu Naib Canselor Prof Dr Mohd Foad Sakdan bersama Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) menunaikan solat Aidiladha bersama pelajar dan warga universiti sebelum menyertai ibadah korban dan akikah di Tapak Penyembelihan, Pusat Islam UUM.

Prof Dr Mohd Foad dalam ucapannya berkata, sambutan aidiladha peringkat universiti ini diadakan bagi menghidupkan suasana aidiladha dengan aktiviti ibadah korban, akikah, pengedaran daging korban dan kenduri kesyukuran seperti yang diadakan diseluruh dunia.

“Penyertaan warga kampus dalam menyumbangkan daging korban untuk diagihkan ini bukan sahaja dilihat sebagai menyemai sikap pengorbanan terhadap sirah para Rasul yang terdahulu malah turut menyemai sikap pengorbanan dan keikhlasan dalan kehidupan,” ujar beliau lagi.

Bagi memeriahkan suasana sambutan aidiladha ini seramai 235 petugas terdiri daripada 190 pelajar dan 45 staf turut menyertai aktiviti melapah, agihan daging dan menjadi urusetia jamuan.

Dalam pada itu 10 ekor rusa turut ditumbangkan untuk dihidangkan dagingnya bersama lembu, kambing dan ayam dimajlis kenduri kesyukuran yang diadakan.

Sambutan aidiladha dikampus ini dihadiri oleh pelajar dalam dan luar negara yang berada diuniversiti ini untuk berhimpun, bertakbir, bertahmid, menunaikan solat sunat aidiladha.

 

PIC 25