All News

‘BONDING DAY’ PLATFORM RAPAT UKHUWAH

UUM ONLINE: Pusat Islam telah menganjurkan ‘Bonding Day’ di antara Sekretariat Sahabat Masjid Sultan Badlishah, Sekretariat Sahabat Masjid Imam As-Syafie dan Sekretariat Sahabat Surau Laluan C yang disertai lebih 80 peserta terdiri staf dan pelajar di padang Pusat Sukan UUM, baru-baru ini.

Di antara aktiviti yang diadakan ialah acara tarik tali, lari dalam guni, isi air dalam botol, cari gula-gula dalam tepung, boling kelapa dan sebagainya.

Pegawai Tadbir Kanan, Madihah Mohamed Ibrahim yang mewakili Pengarah Pusat Islam berkata, tujuan utama program itu adalah bagi mengukuhkan hubungan di antara ketiga-tiga sekretariat di bawah naungan dan seliaan Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Pusat Islam.

Menurutnya, penganjuran sukan tersebut merupakan satu medium meningkatkan dan mengeratkan lagi hubungan ‘interpersonal’ serta mewujudkan rangkaian kerjasama antara Pusat Islam dengan peserta yang terlibat secara santai.

Kesemua peserta meluahkan rasa gembira dengan penganjuran program tersebut dan berharap agar program seperti itu dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

PIC 22