All News

MOREH BERSAMA MCDONALD’S

SINTOK: McDonald’s telah menaja 500 pek makanan sebagai moreh untuk diagihkan kepada jemaah selepas solat tarawih di Masjid Sultan Badlishah, baru-baru ini.

Tajaan moreh berupa burger McChicken dan pai epal itu telah disampaikan oleh wakil dari McDonald’s Shell Kota Setar, McDonald’s Alor Mengkudu dan McDonald’s Aman Central.

Pengurus Besar Restoran McDonald’s Kota Setar, Rohaizat Ismail berkata, tajaan moreh ini merupakan sebahagian daripada Program Komuniti McDonald’s Malaysia dan Ronald McDonald’s House Charities (RMHC) pada setiap tahun.

McDonald’s telah menaja 500 pek makanan sebagai moreh untuk jemaah di Masjid Sultan Badlishah, baru-baru ini.

“Tajaan disampaikan kepada masjid-masjid terpilih seluruh negara untuk meraikan jemaah dalam bulan Ramadan.

“Mungkin ada dari kalangan pelajar yang tidak berpeluang merasai McDonald’s, maka inilah peluang untuk menikmatinya,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan merakamkan penghargaan kepada McDonalds atas tajaan moreh tersebut.

Beliau berharap dengan sumbangan itu juga akan meningkatkan peluang kerjasama antara universiti dan industri pada masa hadapan.

Mohd Fo’ad (tengah) menyerahkan pek moreh tajaan McDonald’s kepada pelajar yang hadir menunaikan solat tarawih di Masjid Sultan Badlishah.

Pengarah Pusat Islam, Zar Ei Zakaria pula berkata, tajaan moreh seperti itu sangat dialu-alukan di samping penyediaan juadah berbuka puasa harian yang disediakan oleh Pusat Islam.

“Tajaan juadah seperti ini akan memberi manfaat kepada kakitangan bertugas dalam bulan Ramadan serta pelajar yang kebiasaannya akan menyertai aktiviti Tadarus Al-Quran pula selepas itu.

“Mudah-mudahan tajaan ini akan berterusan pada Ramadan tahun yang mendatang, selain komitmen kerjasama dalam pelbagai aspek seperti peluang kerjaya, latihan dan bimbingan keusahawanan kepada pelajar UUM,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed yang turut mendirikan solat tarawih bersama Naib Canselor dan warga universiti.

 

PIC 19