All News

SOC DAN JAKEL CERIAKAN SAMBUTAN SYAWAL ANAK YATIM

ALOR SETAR: Terpancar senyuman di wajah anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM apabila mereka dibawa membeli pakaian raya oleh staf Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) di gedung tekstil Jakel, dekat sini, baru-baru ini.

SOC dan Jakel, syarikat terkemuka dalam industri tekstil telah bekerjasama menaja pakaian raya untuk 10 anak yatim tersebut yang berpeluang memilih sendiri pakaian raya masing-masing.

Menurut Eksekutif Jualan dan Pemasaran Jakel Alor Setar, Mohd Zamri Anuar, pihaknya amat gembira dapat bekerjasama dengan pihak SOC selain mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan UUM melalui pelbagai program seperti khidmat komuniti khususnya semasa bulan Ramadan yang diberkati ini.

Program khidmat komuniti ini akan diteruskan dengan penganjuran Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim UUM pada 11 April di Pusat Islam, UUM. Antara pengisian program adalah seperti bacaan Al-Mathurat, tazkirah Ramadan dan sumbangan raya.

Program komuniti ini merupakan hasil sumbangan staf SOC dan Jakel, selain mendapat kerjasama dan sokongan daripada Pusat Islam, UUM.

 

PIC 13