All News

LAWATAN SAMBIL BELAJAR BUKA MINDA

Penghuni Rumah Kebajikan Anak Yatim (RKAY) Universiti Utara Malaysia diraikan dalam program Lawatan Sambil Belajar ke Taiping dan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ustazah Madihah Mohamed Ibrahim berkata, dalam program anjuran Unit Pengurusan Kebajikan Pusat Islam UUM, mereka dibawa melawat Zoo Taiping bagi mengenali haiwan dan lebih dekat dengan alam. 

Ujarnya, lawatan ini bukan hanya memberi peluang untuk mereka mengenali dunia luar dan merasai pengalaman bersiar-siar sepertimana sebuah keluarga, tetapi juga mendedahkan mereka dengan pelbagai pengalaman yang boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran mereka.

“Anak-anak teruja berkunjung ke Petrosains, KLCC sebagai pendedahan eksperimental dalam bidang sains, fizik dan geologi.

“Tidak hanya dalam bidang sains, bagi memberi pendedahan dalam bidang sejarah, anak-anak turut melawat Muzium Negara dengan harapan dapat menanam rasa syukur, sifat patriotisme dan cinta kepada negara bangsa ini,” katanya.

LAWATAN RKAYUUM