All News

KURSUS ASAS FARAIDH

 Kursus Asas Faraidh anjuran bersama Pusat Islam UUM dan  i-legasi Sdn Bhd   telah berlangsung dengan jayanya pada 23-24  Ogos 2022 bertempat di  Dewan Seminar Pusat Islam UUM.

Kursus Asas Faraidh  ini adalah kursus yang menyentuh isu berkaitan ilmu pembahagian harta pusaka mengikut hukum syarak. Tujuan menganjurkan Kursus Asas Faraidh ini untuk menyemarakkan lagi program syiar Islam di kampus. Diharap  kursus ini dapat  memberi kefahaman dan pendedahan kepada peserta berkaitan kepentingan ilmu faraidh di samping waris dapat meraih keberkatan dan fadhilat dari harta yang ditinggalkan oleh ahli keluarga.