All News

TAKLIMAT 5S

Taklimat 5S


Pada tanggal 11 Ogos yang lalu telah diadakan satu taklimat berkaitan 5S oleh  Puan Faizah binti Hashim, Timbalan Pengarah Institut Pengurusan Kualiti UUM kepada kakitangan Pusat Islam UUM.

Taklimat berkaitan menumpu kepada keperluan-keperluan yang perlu diperbaiki dan perlu diteliti oleh Pusat Islam. Penceramah juga menerangkan  secara keseluruhan keperluan mengamalkan 5S di masjid Sultan Badlishah UUM kerana  penilaian 5S pada tahun 2023 akan meliputi kawasan masjid dan sekitarnya.

Sesi soaljawab bersama para peserta juga amat menarik dan memberi manfaat yang banyak kepada kakitangan bagi tujuan penambahbaikan amalan 5S di Pusat Islam UUM.