All News

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

Program Memasak Bubur Asyura

 

18 Ogos 2022 ( Khamis)

Pusat Islam UUM telah menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura bersempena dengan bulan Muharram 1444 hijrah. Program yang diadakan di Dapur Memasak Masjid Sultan Badlishah ini setiap tahun diadakan  bertujuan menyemarakkan syiar Islam di kalangan warga kampus. Program ini juga bertujuan mengeratkan silaturrahim antara kakitangan jabatan di universiti ini.

Sebanyak 4 jabatan yang turut sama memeriahkan program ini iaitu, Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan, Jabatan Canselori, UUMit dan juga Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM. Pusat Islam juga turut bergotong royong memasak satu kawah bubur asyura untuk diagihkan kepada kakitangan.

Bagi memeriahkan lagi program ini, telah diadakan pertandingan bagi memilih bubur asyura yang paling enak  serta kreativiti staf dalam menghias hidangan. Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan telah dinobatkan menjadi juara dalam pertandingan tersebut dan tempat kedua dimenangi oleh Perpustakaan Sultanah Bahiayah UUM. 

Program yang bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari ini telah mencapai objektif yang diharapkan iaitu hubungan silaturrahim yang semakin erat serta semangat berpasukan dan bergotong royong. Semoga akan datang akan lebih ramai lagi jabatan yang menyertai bagi memeriahkan kampus dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.