All News

Q&A ABOUT ISLAM SIRI 3

8 OGOS 2021 - Program Q&A About Islam Siri 3 membawa penonton menerokai kisah penghijrahan Ustaz Amran untuk menemui cahaya Islam. Beliau dilahirkan di Kulim, dibesarkan di kawasan perkampungan orang Melayu serta bersekolah di sekolah kebangsaan. Beliau suka bergaul bersama rakan yang berbangsa Melayu kerana kemesraan dan keramahan ahlak mereka sekaligus membuatkan beliau tertarik dan mula memeluk Islam pada usia 13 tahun. Beliau mendalami ilmu agama Islam di Pattani  dan kemudian beliau menyertai krusus intensif dakwah di PERKIM selama 3 bulan. Di situlah bermula penglibatan beliau dalam bidang dakwah.

Beliau menjawab persoalan yang timbulkan oleh moderator iaitu mengapakah ramai non muslim berminat dengan agama Islam walaupun terdapat pelbagai ancaman. Matlamat utama Islam adalah menyerukan kepada tauhid dengan menyakini bahawa Tuhan yang satu. Fitrah manusia ini tertakluk kepada kepercayaan bertuhan yang mempercayai bahawa diri kita diciptakan dan ada yang menciptakan alam semesta ini kerana itulah Islam disebut sebagai agama fitrah.

1

2