All News

PROGRAM Q&A ABOUT ISLAM

29 JUN 2021- Program Q&A ABOUT ISLAM merupakan sebuah program yang disusun atas inisiatif Pusat Islam UUM dengan kerjasama beberapa NGO iaitu PEACE, ISLAMI, MIRA, HARMONI DAN HCF. Program dirasmikan oleh Prof. Dr. Ismail bin Ishak iaitu Pengarah Pusat Islam UUM.

Beliau menyatakan diantara objektif program adalah untuk mengupas dan memberi pencerahan mengenai isu-isu hangat yang sering diperkatakan mengenai agama Islam. Selain itu, beliau juga berharap program ini dapat menarik minat penonton dalam kalangan muslim dan bukan muslim sekaligus menjadi medan dakwah di atas talian sejajar dengan norma baharu. Terdapat tayangan video montaj pada akhir program perasmian bagi memperkenalkan ahli panel yang terlibat dengan program ini.

Program akan bermula pada 4 Julai – 19 Disember 2021. Terdapat 12 siri yang akan dihadiri oleh ahli panel jemputan per siri yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Diantara panel jemputan yang akan berkongsi di dalam siri tersebut ialah Ustaz Amran Abdullah, Dr. Ihsannuddin bin Abbas dan ramai lagi.

 
Green Nature Photo Book Collage