All News

MUROTTAL SURAH AL-KAHFI DARI MIHRAB MASJID SULTAN BADLISHAH UUM

25 JUN 2021- Dengan keberkatan & kurniaan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala pagi ini Unit Pengurusan Masjid & Dakwah (UPMD) dibawah kelolaan Bahagian Modal Insan (BMI) Pusat Islam UUM telah mengadakan Program Murottal Surah Al-Kahfi Dari Mihrab Masjid Sultan Badlishah Universiti Utara Malaysia

Alhamdulillah hari ini mencatat dalam sejarah Pusat Islam dan UUM apabila Program Dari Mihrab Masjid Sultan Badlishah UUM ini dilancarkan. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Mohd Firdaus bin Ahmad, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam UUM yang mengetuai bacaan Surah Al-Kahfi. Beliau mulakan majlis ini dengan bacaan Surah Al-Fatihah terlebih dahulu.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
[Surah Al-Kahf 18: 107]

Walupun di awal majlis terdapat beberapa halangan disebabkan masalah teknikal, namun syukur pada ILAHI mempermudahkan majlis ini berjalan dengan lancar sehingga ke penghujungnya.

Sesuai dengan ayat Al-Quran diatas "Syurga Firdaus Tertinggi buat mereka yang beriman & beramal soleh", Ust Firdaus (sesuai dengan nama yang diberi) telah memperolehi sejumlah pahala besar apabila beliau membaca Surah Al-Kahfi tersebut sepenuhnya.

Majlis tersebut diakhiri dengan doa memohon keampunan serta perlindungan daripada ALLAH yakni Tuhan semesta alam yang turut dibaca oleh beliau yang merupakan salah seorang Imam di Masjid UUM.

Segulung tahniah & syabas diucapkan kepada semua Staf UPMD yang terdiri daripada Para Imam dan Bilal UUM atas inisiatif pengajuran Majlis Murottal ini. Semoga segala urusan kita dipermudahkan ALLAH swt & diganjari dengan sebaik-baik ganjaran dari sisi-Nya. Wallahu a'lam.

 

Untitled design