All News

USRAH TADARUS ONLINE

18 MEI 2021- Walaupun berdepan dengan cabaran era pandemik Covid-19, ianya bukanlah suatu halangan untuk mengimarahkan bulan mulia yang telah dijanjikan pahala berlipat ganda bagi setiap amal ibadah yang dilakukan.

Sejajar dengan perubahan iklim komunikasi hari ini, Pusat Islam UUM telah menganjurkan program Usrah Tadarus Ramadan Online Muslimat. Program tersebut diadakan selama sepuluh hari bermula 18 April 2021 sehingga 2 Mei 2021 melalui platform dalam talian webex. Peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran UUM dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak menganjur. Manakala, setiap kumpulan diamanahkan untuk membaca sepuluh juzuk daripada al-Quran. 
Bacaan para peserta dibimbing oleh para munabih yang terdiri daripada Ustazah Nor Azlinah Zaini, Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam UUM dan Saudari Nur Akmal Balqis Razak yang merupakan pelajar praktikum Ijazah Pengajian Qur'an dan Sunnah, USIM.
Semoga program ini dapat menyemarakkan semangat kecintaan dan minat terhadap al-Quran serta mendidik jiwa untuk sentiasa mengamalkan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian.
 


WhatsApp Image 2021 05 19 at 9.24.37 AM