27 APRIL 2021 bersamaan 15 Ramadhan 1442H, Pusat Islam UUM telah mengadakan Sembang Santai berkaitan dengan Wudhu' dan Tayammum yang telah disampaikan oleh Ustaz Syahril Fazli Bin Mat Hussain. Program ini telah berlangsung selama 1 jam iaitu bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 11 pagi melalui platform atas talian Facebook live dan Webex UUM.
Sembang Santai ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga UUM mengenai ilmu fardhu ain iaitu Wudhu' dan Tayammum juga bagi menjawab sebarang persoalan yang berkaitan. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan ilmu baharu untuk komuniti UUM untuk beramal dalam kehidupan seharian.