Pada Ahad (04 April 2021) dan Khamis (08 April 2021) yang lalu, Unit Kebajikan Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melancarkan program Infaq Ramadan kepada golongan-golongan yang memerlukan. Hasil Infaq Ramadan ini diperoleh, daripada sumbangan ikhlas para kakitangan yang berkhidmat di Universiti Utara Malaysia. Program ini adalah bertujuan untuk menzahirkan keprihatinan pihak UUM kepada masyarakat setempat yang memerlukan.
Pengagihan pada peringkat awal, kira-kira adalah kepada golongan asnaf, fakir dan miskin yang tinggal di sekitar Changlun dan Kodiang. Setiap pek sumbangan makanan asas itu terdiri daripada beras, gula, sos, kicap, minyak masak dan juga serbuk kopi. Selain itu, bagi mereka yang berkeperluan, juga diber sumbangan yang berupa wang ringgit supaya sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.
Kemudian pengagihan di peringkat kedua, sumbangan Infaq Ramadan ini diteruskan lagi dengan menyumbangkan kepada 3 pusat pengajian di sekitar Kuala Nerang. Turut disampaikan sedikit cenderamata dari Pusat Islam kepada pusat pengajian tersebut sebagai penghargaan atas kesudian pihak mereka menerima kunjungan dari Pusat Islam UUM. Semoga sumbangan Infaq Ramadan tersebut dapat membantu pusat-pusat pengajian menghadapi bulan Ramadan dengan baik.
Antara penerima sumbangan Infaq Ramadhan di sekitar Changlun.
Sumbangan kepada Mahaad Tahfiz Sheikh Zainul Asri, Kuala Nerang.