hd-edit-latest-copy

23
Jul 17

Pada 19 Julai 2017, Pusat Islam UUM telah mengadakan jamuan hari raya yang diadakan di bilik mesyuarat utama. Jamuan tersebut dihadiri semua kakitangan pusat islam serta kakitangan jemputan yang lain. Jamuan bermula

Pada 19 Julai 2017, Pusat Islam UUM telah mengadakan jamuan hari raya yang diadakan di bilik mesyuarat utama. Jamuan tersebut dihadiri semua kakitangan pusat islam serta kakitangan jemputan yang lain. Jamuan bermula 11:30 pagi dan berakhir 4:30 petang. Pelbagai menu disediakan dalam jamuan tersebut seperti nasi daging, mi kari, bihun sup, ketupat, sate dan pelbagai biskut raya. Majlis jamuan raya ini disambut dengan meriah dengan kehadiran bekas-bekas kakitangan pusat islam serta bekas pengarah pusat islam. Selain itu, kakitangan UPSB yang bertugas di masjid dan sekitar pusat islam juga dijemput bagi memeriahkan majlis jamuan tersebut. Majlis sambutan hari raya ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan serta semua tetamu yang hadir pada hari tersebut.