hd-edit-latest-copy

23
Jul 17

Pada 18 Julai 2017, Pusat Islam Universiti Utara Malaysia Sintok telah membuat lawatan ke Pusat Pelupusan Al-Quran yang terletak di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan Pulau Pinang. Seramai 13 kakitangan serta

Pada 18 Julai 2017, Pusat Islam Universiti Utara Malaysia Sintok telah membuat lawatan ke Pusat Pelupusan Al-Quran yang terletak di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan Pulau Pinang. Seramai 13 kakitangan serta Prof Madya Dr. Ismail Ishak pengarah Pusat Islam telah mengikuti program ini. Selain melawat pusat pelupusan ini, Pusat Islam UUM juga telah membuat lawatan ke dua masjid iaitu Masjid Abdullah Fahim yang terletak di Kepala Batas dan Masjid At-Taqwa di Taman Bertam Indah juga di Kepala Batas. Masjid At-Taqwa lengkap dengan pusat Haemodilisis yang berada di dalam kawasan masjid tersebut. Di Pusat pelupusan tersebut, kakitangan pusat islam berpeluang melihat sendiri mesin serta kaedah yang digunakan mereka dalam proses pelupusan tersebut. lebih kurang 300 kg Al-Quran telah dihantar oleh kakitangan Pusat Islam ke Pusat tersebut.