hd-edit-latest-copy

05
Jul 17

Pada 14 Jun 2017, telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Universiti yang diadakan di Perkarangan Masjid Sultan Badlishah UUM. Majlis yang bermula jam 6 petang dihadiri oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri

(Dr.) Ahmad Fairuz Dato’ Sheikh Abdul Halim Pro-Canselor UUM, Professor Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak Naib Canselor UUM dan ramai lagi. "Menyedari tanggungjawab besar ini dan juga keberkatannya, UUM telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang terhadap golongan tersebut, sekali gus akan membuka pintu-pintu rahmat kepada semua," ujar Pro-Canselor, Tun Dato' Sri (Dr) Ahmad Fairuz Dato' Sheikh Abdul Halim pada Majlis tersebut. Menurutnya, dengan adanya Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM itu nanti, beliau yakin mereka akan lebih terurus dan terjamin masa depan serta pada masa sama menjadi peluang keemasan kepada warga UUM untuk beramal soleh. Majlis tersebut turut diberkati dengan bacaan ayat Al-Quran dan tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Hazizan Mat Desa sebelum azan Maghrib berkumandang. Hadir sama isteri Pro-Canselor, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Mazni Mohamed Noor; isteri Naib Canselor, Yang Berbahagia Datin Seri Norhayati Nazri; Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan pegawai-pegawai kanan UUM.