Director's Welcome

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya jua Jabatan Pusat Islam UUM telah berjaya mewujudkan sebuah laman web baru yang lebih ceria dan berinformatif.

Sekalung tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Laman Web Jabatan Pusat Islam kerana dengan usaha dan kerjasama erat antara mereka telah dapat menghasilkan sebuah laman web yang dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna yang berkepentingan (stakeholder).

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T., kerana dengan izin-Nya Laman Web Pusat Islam ini dapat dilancarkan untuk tatapan dan dimanfaatkan oleh semua. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung menyumbangkan tenaga dan idea bagi membina Laman Web ini. Saya mengharapkan Laman Web ini dapat menjadi jambatan yang menghubungkan Pusat Islam dengan warga kampus khususnya dan masyarakat luar umumnya. Saya juga berharap Laman Web Pusat Islam ini dapat terus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh masyarakat sebagai wadah membina kerohanian ummah dan sahsiah pelajar.

Para pengguna juga dialu-alukan untuk memberi sebarang bentuk komen, pandangan ataupun teguran kepada kami melalui saluran yang disediakan samada melalui media sosial yang lain seperti facebook mahupun emel. Mudah-mudahan dengan komen dan teguran para pengguna sekalian akan dapat membantu jabatan kami memperbaiki kelemahan yang ada.

Sekian, Wabillahittaufik walhidayah, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabaratuh.

 

USTAZ ZAR EI BIN ZAKARIA

Pegarah Pusat Islam
Universiti Utara Malaysia

Sekian, terima kasih.

ILMU · BUDI · BAKTI