Buletin Pusat Islam

Soalan : Jika kita mencuri harta dari org kafir apakah hukumnya?dan bagaimana dgn taubat kita?

Jawapan: Adalah haram bagi kita orang Islam mencuri harta orang lain walaupun ia seorang kafir. Agama Islam tidak mengajar ummatnya berbuat demikian dan sekiranya kita telah berbuat demikian kita wajib memulangkannya semula kepada empunyanya.Kita hendaklah meninggalkan perrbuatan tersebut dan tidak mengulanginya lagi di masa-masa akan datang.

Soalan: Apakah maksud hukum hudud secara keseluruhannya dan berikan contoh secara terperinci.

Jawapan: Hukum hudud adalah satu ketetapan hukum yang ditentukan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan al-Hadis Nabi SAW. Setiap orang Islam wajib mengimaninya dan melaksanakannya. Tujuan Allah SWT mensyariatkan hukum tersebut untuk menyelesaikan permasalahan sosial yang dihadapi oleh umat Islam. Pelaksanaannya memerlukan kepada kepakaran ilmu dan mengambil kira masyarakat majmuk.Justeru sama-samalah kita berusaha dan berdoa semoga pelaksanaan hukum hudud dapat dilaksanakan dalam negara kita pada masa akan datang. Sebagai contoh hukum hudud ialah seperti pelaksanaan potong tangan bagi orang yang telah disabitkan kesalahan mencuri dan disebat dengan 100 kali sebatan atau direjam dengan batu sehingga mati bagi orang yang telah melakukan kesalahan berzina.