Buletin Pusat Islam

S: Adakah perniagaan menerusi internet halal dalam Islam?  

J: Jawatankuasa Fatwa Majlis Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-77 pada 10-12 April 2007 telah memutuskan bahawa sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar negara adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur riba dan gharar. Oleh yang demikian saudari hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan perniagaan berkenaan.

S: Apakah hukumnya skim piramid, dan apakah istinbat hukumnya

J: Skim piramid dilarang oleh Islam kerana ia mempunyai ciri- ciri tertentu antaranya mengenakan yuran keahlian yang tinggi, tiada hak pemulangan dan tiada kontak bertulis antara pihak-pihak yang terlibat

S: Apakah Hukum berniaga saham tukaran wang asing seperti forex online, apakah hukuman jika kita menerima wang keuntungan dari saham forex tersebut?

J: Forex ialah perniagaan pasaran mata wang asing (pertukaran mata wang asing). Mengenai hukum perniagaan ini, ia adalah harus jika memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Tidak terdapat riba’.
  2. Tidak berlaku penipuan.
  3. Bukan ditukar dalam mata wang yang sama.
  4. Berada di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia kerana hanya BNM sahaja yang berhak melakukan urus niaga matawang asing di negara ini.

Oleh yang demikian, urus niaga Forex yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas adalah dilarang untuk menyertainya kerana dibimbangi terdapatnya unsur-unsur riba’ dan juga penipuan. Dari itu, jika urusniaga forex yang ingin anda ceburi memenuhi syarat di atas, maka pulangan/hasil darinya adalah halal. Wallahu 'alam.

S: Saya ada membeli sebuah peralatan elektrik tetapi dengan cara hutang/pinjaman dimana bayaran pendahuluan tidak diperlukan. Tetapi harga peralatan tersebut telah menjadi sekali ganda dari harga asal. Apakah hukumnya? adakah saya terlibat dengan riba?

J: Hukum membeli barangan elektrik secara ansuran dengan harga yang ditetapkan adalah sekali ganda daripada harga asal adalah haram dan berunsur riba.